awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JSJN KL tumpas sindiket edar dadah guna minuman berperisa
Nahas bas ekspres: Pemandu bas ditahan
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 22 cedera dalam kemalangan keretapi di Austria

Agensi
Agensi
12/02/2018
21:11 MYT
Seorang maut, 22 cedera dalam kemalangan keretapi di Austria
Insiden itu berlaku apabila keretapi EuroCity yang dalam perjalanan ke Saarbruecken, Jerman merempuh bahagian tepi keretapi penumpang serantau menyebabkan beberapa gerabak tergelincir. - Foto AP
Seorang maut manakala 22 yang lain cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah keretapi penumpang di Austria pada Isnin.
Menurut jurucakap polis Graz, Leo Josefus, kejadian dilaporkan berlaku berhampiran stesen Niklasdorf, sebuah bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Graz.
Insiden itu berlaku apabila keretapi EuroCity yang dalam perjalanan ke Saarbruecken, Jerman merempuh bahagian tepi keretapi penumpang serantau menyebabkan beberapa gerabak tergelincir.
Sejurus selepas kejadian, 19 buah ambulans dan dua orang doktor telah dihantar ke tempat kejadian.
Jurucakap Palang Merah, Lucas Kundigraber berkata, mangsa cedera, termasuk tiga kanak-kanak, telah dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.
Punca nahas yang berlaku kira-kira pukul 12:25 tengahari waktu tempatan itu masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#austria
#EuroCity
#Jerman
#kemalangan
#keretapi
#Niklosdorf
#Saarbruecken
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan