Skip to main content

Dunia

Seorang maut, lebih 80 cedera ribut badai timur laut Sepanyol

Three people died in weather-related accidents in France and Spain when "unusually strong" storm Nils tore through the region, officials said.  Strong winds and heavy rain uprooted trees, flooded roads and left thousands without power. Foto: ZUMAPRESS
Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pokok tumbang, menenggelamkan jalan serta menyebabkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik. - Foto X/DW

MADRID: Seorang wanita berusia 46 tahun maut dihempap tembok yang runtuh akibat angin kencang ketika Ribut Nils melanda timur laut dan timur Sepanyol pada Khamis, lapor Xinhua memetik stesen penyiar awam Sepanyol RTVE pada Jumaat.

Wanita itu mengalami kecederaan parah apabila sebuah tembok bata runtuh berhampiran pintu masuk kilang tempatnya bekerja. 

Advertisement

Dia dibawa ke Hospital Vall d’Hebron di Barcelona namun kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan enam individu masih dirawat di hospital dengan kecederaan serius berkaitan ribut tersebut, manakala lebih 80 yang lain memerlukan rawatan perubatan.

Tiupan angin melebihi 140km/j direkodkan di beberapa bahagian di wilayah Catalan, sehingga menumbangkan pokok serta merosakkan infrastruktur jalan raya dan ruang santai luar bangunan.

Pihak berkuasa Catalan menyatakan mereka menerima 5,939 panggilan kecemasan pada Khamis, kebanyakannya di kawasan Barcelona.

Perkhidmatan bomba wilayah, Bombers de la Generalitat, melaporkan sebanyak 3,495 insiden, manakala lebih 100 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Barcelona-El Prat.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video