Skip to main content

Dunia

Seorang maut, seorang lagi cedera dalam kes tikaman di London

71742257329_tikampisaugeneri.jpg
Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di lokasi kejadian kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh, menurut polis. - Gambar hiasan
Advertisement

LONDON: Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian tikaman di barat London pada Selasa, menurut Polis Metropolitan, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kenyataan polis, seorang wanita berusia 52 tahun maut manakala seorang lagi berusia 32 tahun dimasukkan ke hospital akibat cedera ditikam. 

Pegawai polis dan paramedik dikejarkan ke Askew Road kira-kira 8.20 pagi waktu tempatan (0720 GMT), menurut kenyataan itu.

Wanita berusia 52 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala wanita berusia 32 tahun masih menerima rawatan di hospital.

Keadaan mangsa masih belum diketahui, menurut polis.

“Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di lokasi kejadian kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh,” menurut polis.

Polis percaya kejadian itu adalah kes terpencil dan berlaku di sebuah kediaman.

Siasatan kes bunuh dilancarkan susulan kejadian tikaman itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement