awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang polis maut, 4 cedera dalam letupan bom di Songkhla

Bernama
Bernama
27/05/2019
00:24 MYT
Seorang polis maut, 4 cedera dalam letupan bom di Songkhla
Bom buatan sendiri itu dipercayai ditanam di bawah tanah, diletupkan dan mencederakan anggota polis yang sedang bertugas. - Foto Agensi
Seorang anggota polis maut, manakala empat lagi cedera, termasuk seorang wanita awam dalam satu kejadian letupan bom di Chana, Songkhla.
Kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) Ahad itu berlaku, ketika pasukan polis sedang membuat pemeriksaan keselamatan di bahagian belakang Stesen Keretapi Chana.
Ketua Polis Bahagian ke-9 Left Jen. Pol. Ronnasin Phusara berkata bom buatan sendiri itu dipercayai ditanam di bawah tanah, diletupkan dan mencederakan anggota polis yang sedang bertugas.
“Seorang anggota polis maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah.
“Seorang wanita awam yang turut berada di tempat kejadian cedera akibat serpihan bom tersebut. Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Chana,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata semua laluan ke tempat kejadian kini tutup untuk siasatan lanjut.
“Polis sedang menjejaki kumpulan yang mendalangi letupan itu,” katanya.
Topic Berkaitan
#bom
#cedera
#Hospital
#keselamatan
#letupan
#mangsa
#maut
#polis
#polis maut
#Songkhla
#Thailand
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan