awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amazon umum pengurangan 16,000 pekerja dalam fasa penyusunan semula terbaharu
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Rasuah di Malaysia: Kes Najib tidak dijadikan pengajaran – Mohd Annuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang terbunuh, 29 cedera gempa bumi 6.1 magnitud landa Turkiye

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2025
01:50 MYT
Seorang terbunuh, 29 cedera gempa bumi 6.1 magnitud landa Turkiye
Penduduk mencari mangsa yang terselamat dalam bangunan runtuh selepas gempa bumi melanda Sindirgi, di wilayah barat Balikesir, Turkiye. - Foto REUTERS
BALIKESIR: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 29 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Balikesir di barat laut Turkiye pada Ahad malam.
Gempa itu berpusat di bandar Sindirgi dan gegarannya dirasai sejauh 200 kilometer, termasuk di Istanbul dan Izmir.
Menurut Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya, mangsa yang terkorban ialah seorang wanita berusia 81 tahun yang meninggal dunia sejurus diselamatkan dari runtuhan bangunan tiga tingkat di pusat bandar Sindirgi.
Empat mangsa lain berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari runtuhan yang sama, manakala usaha menyelamat dua lagi mangsa diteruskan.
Sebanyak 16 bangunan dilaporkan runtuh, termasuk empat yang masih didiami. Dua menara masjid turut tumbang akibat gegaran.
Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkyei (AFAD) mengesahkan lebih 20 gegaran susulan berlaku, termasuk satu bermagnitud 4.6, dan menggesa orang awam agar tidak memasuki bangunan yang rosak.
Seramai 319 anggota penyelamat telah digerakkan ke kawasan terjejas, dan penduduk tempatan dilihat berkumpul di kawasan lapang sebagai langkah berjaga-jaga.
Turkiye terletak di atas beberapa garis sesar aktif dan sering dilanda gempa bumi.
Pada Februari 2023, gempa bumi bermagnitud 7.8 telah meragut lebih 53,000 nyawa dan memusnahkan ratusan ribu bangunan di selatan negara itu serta di utara Syria.
Presiden Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan keselamatan semua yang terjejas.
"Semoga Allah lindungi negara kita daripada sebarang bencana," tulis beliau di platform X.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#bangunan runtuh
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan