DUNIA
Serang Iran: "Militarisme sepihak" Israel ancam orde dunia - Pakistan

Pakistan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menolak kekebalan yang dinikmati Israel. - Foto AP
NEW DELHI: Pakistan mengecam serangan Israel ke atas Iran sebagai tindakan "militarisme sepihak" yang mengancam untuk menggugat orde dunia dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menolak kekebalan yang dinikmati Israel walaupun bertindak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Ringkasan AI
- Pakistan mengecam tindakan Israel: Pakistan mengkritik serangan Israel ke atas Iran sebagai "militarisme sepihak" dan menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya tidak membiarkan Israel bertindak tanpa akibat meskipun melanggar undang-undang antarabangsa.
- Pelanggaran undang-undang antarabangsa: Israel didakwa melanggar statut dan resolusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dengan menyerang kemudahan Iran yang berada di bawah perlindungan IAEA, serta menunjukkan corak berbahaya dalam tindakannya di Timur Tengah.
- Solidariti Pakistan terhadap Iran Pakistan menzahirkan sokongan terhadap Iran dan menyampaikan ucapan takziah serta simpati atas kehilangan nyawa akibat serangan tersebut.
"Serangan ini mencerminkan corak berbahaya kelakuan tidak bertanggungjawab Israel, termasuk operasi ketenteraan yang berterusan di Gaza serta siri serangan rentas sempadan berulang di Syria, Lubnan dan Yaman yang menunjukkan pengabaian secara konsisten dan sengaja terhadap norma antarabangsa," kata Asim.
"Tindakan Israel di Timur Tengah mencerminkan corak militarisme sepihak yang berterusan," katanya lagi.
Pakistan menegaskan bahawa pelanggaran kedaulatan yang berulang oleh Israel melemahkan kewibawaan PBB dan orde antarabangsa.
"Majlis ini mesti menafikan kebebasan mutlak dan kekebalan yang dinikmati Israel yang membolehkan ia terus melanggar undang-undang dan pendirian antarabangsa. Adalah menjadi tanggungjawab kolektif kita untuk menolak sebarang tanggapan, oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana, yang cuba memutarbelitkan, menyalahgunakan atau memperalat hak mempertahankan diri secara bertentangan dengan melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB," kata Asim.
Kenyataan itu turut menzahirkan solidariti dengan Iran.
"Pakistan berdiri teguh menyatakan solidariti bersama rakyat Iran yang kami anggap saudara. Kami merakamkan ucapan takziah dan simpati atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat serangan kejam ini," katanya.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami