awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan berterusan Israel di Gaza ancam kewujudan rakyat Palestin - PBB

Bernama
Bernama
08/05/2025
11:30 MYT
Serangan berterusan Israel di Gaza ancam kewujudan rakyat Palestin - PBB
Peluasan serangan di Gaza pasti akan menyebabkan lebih ramai pelarian, kematian dan kecederaan terhadap orang awam. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza ke kawasan kecil di selatan wilayah itu, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Ringkasan AI
  • Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, menyatakan kebimbangan serius terhadap rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza ke kawasan kecil di selatan wilayah itu, yang boleh menyebabkan keadaan hidup yang tidak sesuai untuk rakyat Palestin di Gaza.
  • Turk menegaskan bahawa peluasan serangan di Gaza hampir pasti akan menyebabkan lebih ramai pelarian, kematian dan kecederaan terhadap orang awam, serta kemusnahan infrastruktur, menambah penderitaan akibat sekatan kemasukan barangan asas selama hampir sembilan minggu.
  • Beliau menekankan bahawa penggunaan kebuluran terhadap penduduk awam sebagai kaedah peperangan merupakan satu jenayah perang, dan satu-satunya penyelesaian berkekalan kepada krisis ini adalah dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata ancaman oleh pegawai Israel untuk mengusir rakyat Palestin ke luar Gaza semakin menimbulkan kebimbangan bahawa tindakan Israel bertujuan mewujudkan keadaan hidup yang semakin tidak sesuai untuk kelangsungan rakyat Palestin sebagai satu kumpulan di Gaza.
Turk menegaskan tiada sebab untuk mempercayai bahawa pendekatan ketenteraan yang digandakan - yang sejak satu tahun lapan bulan lalu gagal menghasilkan penyelesaian berkekalan termasuk pembebasan semua tebusan - akan berjaya kali ini.
Beliau berkata peluasan serangan di Gaza hampir pasti akan menyebabkan lebih ramai pelarian, kematian dan kecederaan terhadap orang awam yang tidak berdosa, serta kemusnahan infrastruktur yang masih berbaki di wilayah itu.
Ia hanya akan menambah penderitaan akibat sekatan sepenuhnya terhadap kemasukan barangan asas selama hampir sembilan minggu, katanya sambil menegaskan bahawa penduduk Gaza telah dinafikan segala keperluan asas yang menyelamatkan nyawa, khususnya makanan, dengan serangan berterusan Israel ke atas dapur komuniti dan individu yang cuba mengekalkan undang-undang dan ketenteraman asas.
"Sebarang penggunaan kebuluran terhadap penduduk awam sebagai kaedah peperangan merupakan satu jenayah perang," katanya sambil menambah bahawa satu-satunya penyelesaian berkekalan kepada krisis ini adalah dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa, termasuk seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam Pendapat Nasihat 2024 dan perintahnya mengenai langkah sementara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#Gaza
#kekejaman israel
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami