awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel: Malaysia keluar arahan berjaga-jaga, pantau rapat keadaan rakyat di Lubnan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
15/10/2023
13:25 MYT
Serangan Israel: Malaysia keluar arahan berjaga-jaga, pantau rapat keadaan rakyat di Lubnan
Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan. -Kementerian Luar Malaysia
KUALA LUMPUR : Kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat di Lubnan susulan selatan negara itu yang turut menjadi sasaran rejim Israel.
Kementerian Luar menerusi kenyataan pada Ahad berkata, arahan itu turut merangkumi pasukan pengaman ATM-PBB (MALBATT) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
"Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.
Dalam keadaan semasa, warga Malaysia disaran agar dapat menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan," katanya.
Sehubungan itu, sebagai langkah awal kerajaan turut memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke negara sehingga keadaan selamat.
Ujarnya, keselamatan semua rakyat adalah menjadi keutamaan negara dalam masa sukar seperti ini.
"Selain Malaysia, Kedutaan Besar United Kingdom dan Pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Beirut telah menghantar pulang ahli keluarga mereka," tambah kenyataan itu lagi.
Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan bagaimanapun akan terus beroperasi seperti biasa.
Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaan diminta berhubung terus dengan pihak kedutaan Malaysia di Beirut.
Topic Berkaitan
#serangan Israel
#Pertelagahan Selatan Lubnan
#Kedutaan Besar Malaysia di Beirut
#keselamatan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan