Skip to main content

Dunia

"Serangan AS-Israel terhadap Iran jelas pelanggaran undang‑undang antarabangsa" - Duta

Tindakan ketenteraan ke atas wilayah berdaulat adalah pelanggaran terus prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan kedaulatan negara, integriti wilayah dan larangan penggunaan kekerasan. - Gambar/ Reuters
Tindakan ketenteraan ke atas wilayah berdaulat adalah pelanggaran terus prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan kedaulatan negara, integriti wilayah dan larangan penggunaan kekerasan. - Gambar/ Reuters

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR: Iran menyifatkan tindakan Israel dan Amerika Syarikat menyerang wilayahnya pada Sabtu lalu sebagai pelanggaran jelas terhadap undang‑undang antarabangsa.

Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi berkata, tindakan ketenteraan ke atas wilayah berdaulat termasuk serangan di kawasan kediaman, sekolah, hospital serta kemudahan awam adalah pelanggaran terus prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan kedaulatan negara, integriti wilayah dan larangan penggunaan kekerasan.

“Dua negara menyerang satu negara merdeka, membunuh rakyat kami, memusnahkan sekolah dan hospital. Ini semua jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Badan antarabangsa perlu bertindak," katanya dalam satu sesi temu bual eksklusif bersama Astro AWANI hari ini.

Advertisement

Mohammadi menjelaskan, Iran dan Amerika Syarikat telah melalui beberapa siri rundingan nuklear di Oman, Geneva serta beberapa lokasi lain.

Perbincangan tersebut dikatakan berada pada landasan positif dengan persetujuan untuk meneruskan rundingan peringkat pakar di Vienna.

Advertisement

Namun, menurut beliau setiap kali rundingan hampir mencapai kemajuan, serangan ketenteraan terhadap Iran berlaku termasuk serangan besar tahun lalu yang mensasarkan pemimpin, kemudahan rasmi serta institusi awam negara itu. 

Mohammadi mendakwa tindakan tersebut konsisten dengan usaha 'menggagalkan diplomasi'.

“Dua hari sebelum rundingan di Vienna, Israel dan Amerika menyerang Iran. Ini bukan kali pertama ini corak yang sama seperti rundingan sebelumnya,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa serangan terbaharu turut menyasarkan sekolah di Minab, Hormozgan sehingga menyebabkan kematian lebih 160 pelajar perempuan, serta memusnahkan beberapa hospital dan pusat media Iran termasuk television dan radio .

Tindakan itu yang menurutnya tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara terhadap institusi media negara lain.

"Mana-mana negara tidak menyerang industri media kerana media yang bertanggungjawab mencerminkan kebenaran dan peristiwa kepada rakyat mereka di seluruh dunia.

"Tetapi mereka menyerang kerana mereka tidak mahu kita menunjukkan realiti dan peristiwa sebenar kepada orang di seluruh dunia," katanya lagi.

 

Must Watch Video

Advertisement