BAHAMAS: Seorang wanita maut diserang jerung ketika sedang melakukan aktiviti menyelam di salah sebuah lokasi terkenal di Kepulauan Bahamas.

Menurut pihak berkuasa Bahamas, mangsa yang merupakan warga negara Amerika Syarikat berusia 50 tahun diserang jerung di Pulau Ross jam 2 petang, Selasa.

Mangsa dilaporkan sedang bercuti di sebuah kapal layar dan menjalani aktiviti menyelam bersama kumpulan pelancong lain. 

Menurut kenyataan syarikat perkapalan The Harmony Of The Seas, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan serius.

Sementara itu, pihak syarikat turut menyediakan khidmat pengurusan emosi kepada keluarga mangsa yang terkesan.

Terdahulu, seorang warga Amerika maut di lokasi sama selepas serangan jerung ganas pada 2019.