awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2024
01:30 MYT
Serangan ke atas sekolah di Gaza 'sasar' pasukan pejuang Islam
Kenderaan tentera dilihat di Jenin, Tebing Barat ketika operasi ketenteraan Israel dijalankan. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Rejim Zionis sekali lagi berdalih dengan mengatakan serangan ke atas sebuah sekolah di Gaza pada Khamis dilakukan setelah risikan menunjukkan bahawa tiada wanita dan kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Menurut jurucakap tentera Israel Daniel Hagari, serangan itu sebenarnya menyasarkan pasukan pejuang yang dianggap militan, yang beroperasi dari dalam sebuah sekolah UNRWA di kawasan kejiranan Nuseirat, Gaza.
Jurucakap rejim itu turut mendakwa, kecanggihan yang ada pada peralatan rejim tentera itu membolehkan mereka mengesan informasi berkenaan kesemua yang terkorban dalam insiden itu.
Tambahnya, setakat ini rejim itu kononnya telah mengenal pasti sembilan daripada 30 ahli pasukan pejuang Hamas dan Jihad Islam yang dikatakan menjadi sasaran dalam serangan itu.
Bagaimanapun, pegawai Hamas berkata 40 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung di tapak perlindungan PBB itu.
Dalam pada itu, jurucakap PBB Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengecam serangan ke atas sekolah tersebut di mana kira-kira 6,000 orang yang dipindahkan berlindung.
Ismail al-Thawabta, pengarah pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas menolak dakwaan Israel bahawa sekolah PBB di Nuseirat, di tengah Gaza, menyembunyikan pusat arahan pasukan pejuang Hamas.
Topic Berkaitan
#Israel
#Hamas
#sekolah
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan