NAMANYA kini disebut seluruh dunia, namun sayangnya, bukan kerana jasa dan baktinya kepada masyarakat.
Sebaliknya, Omar Mateen menjadi penyebab terpalitnya sejarah hitam buat keluarga 50 nyawa yang terkorban dalam kejadian tembakan di kelab malam gay, Pulse, di bandar Orlando, Florida, Ahad lalu.
Kejadian itu yang turut mengorbankan dirinya, sekaligus meninggalkan tanda tanya; siapa dan mengapa Mateen sanggup bertindak sekejam itu?
SIAPA OMAR MATEEN?
1. Omar Mir Seddique Mateen, 29 tahun, berketurunan Afghanistan dan dilahirkan di New York.
2. Mempunyai ijazah berkembar dalam bidang Sains dari Indian River State College, Florida.
3. Pernah bertugas sebagai pengawal penjara selama dua tahun, sebelum menyertai sebuah firma keselamatan di Jupiter, Florida, bermula tahun 2007.
4. Pernah berkahwin dengan wanita berketurunan Uzbekistan, Sitora Yusify, pada tahun 2009. Perkahwinan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama empat bulan. Yusify dilaporkan meminta cerai selepas mendakwa bekas suaminya itu mempamerkan ketidakstabilan emosi dan mental, seperti naik marah tanpa sebab, terlalu mengongkong dan kerap memukulnya, selain menghalangnya daripada menghubungi keluarga.
5. Syed Shafeeq Rahman, Imam Masjid Fort Pierce, di mana Mateen sering berkunjung, memberitahu New York Times, Mateen sering memencilkan diri daripada jemaah lain. "Dia paling lewat datang, dan paling awal pulang. Dia tidak berbual dengan sesiapa," kata Syed Shafeeq.
6. Pernah disoal siasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebanyak dua kali pada tahun 2013 dan 2014, atas dakwaan kaitan dengan kumpulan pengganas.
7. Pernah dua kali ke Arab Saudi, namun selepas disiasat, kunjungan itu atas sebab mengerjakan umrah.
8. Mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
MOTIF?
1. Mateen didakwa ada menggunakan aplikasi Jack'd, sebuah aplikasi temu janji golongan gay.
2. Saksi mendakwa kerap kali melihat Mateen di kelab Pulse, di mana kejadian tembakan itu berlaku.
3. Bekas isteri Mateen, Yusify, ketika ditanya NBC News, berkata dia tidak tahu jika Mateen seorang homoseksual. "Dia tidak menunjukkan sifat atau personaliti ke arah itu. Tapi dia jelas ada pendapat tersendiri tentang hal itu," kata Yusify.
4. Bapa Mateen, Mir Seddique, memberitahu NBC News, Mateen sangat marah selepas melihat satu pasangan gay bercumbuan di hadapan anaknya yang berusia tiga tahun ketika berkunjung ke Miami.
5. Namun sukar untuk pihak berkuasa membuat kesimpulan Mateen bertindak sedemikian kerana membenci golongan gay. Ini kerana beberapa rakan sekerja memberitahu, Mateen tidak ada masalah bergaul dengan rakan-rakan dari golongan itu.
Madiha Abdullah
Tue Jun 14 2016
Mateen merupakan petugas firma keselamatan dan mempunyai ijazah berkembar dalam bidang Sains. - Twitter/@OrlandoPolice
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Lelaki Islam dipukul di luar masjid di Florida yang pernah dikunjungi Omar Mateen
Butiran serangan tersebut bagaimanapun berbeza antara pihak berkuasa dan kumpulan hak asasi Islam, terutamanya sama ada ia ada kaitan dengan diskriminasi kaum.
Serangan Orlando: Antara harapan, hijab dan hati
Catatan Reeza Redzuan, pelajar Malaysia di Oklahoma, berkunjung ke sebuah kelab gay di Tulsa yang menganjurkan majlis peringatan sempena serangan Orlando.
Serangan Orlando: Paderi cetuskan kontroversi, keluar kenyataan tidak sedih peliwat mati
Pihak berkuasa Orlando sudah mengenal pasti senarai mangsa dalam serangan tembakan di kelab malam Pulse Ahad lalu.
Serangan Orlando: Siapa Omar Mateen?
Siapa Omar Mateen dan mengapa dia bertindak sekejam itu?