awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Serangan paling dahsyat Rusia di Kyiv runtuhkan sebahagian blok apartmen, 14 terbunuh

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2025
23:40 MYT
Serangan paling dahsyat Rusia di Kyiv runtuhkan sebahagian blok apartmen, 14 terbunuh
Sebahagian besar sebuah blok apartmen sembilan tingkat di daerah Solomianskyi musnah sepenuhnya, menyebabkan penduduk terperangkap di bawah runtuhan. - Foto AP
KYIV: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan udara besar-besaran oleh Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kyiv, awal pagi Selasa, menjadikannya antara serangan paling memusnahkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan udara besar Rusia ke atas Kyiv, menjadikannya antara yang paling dahsyat sejak 2022.
  • Serangan menyasarkan 27 lokasi termasuk kediaman, sekolah dan infrastruktur kritikal, menyebabkan kemusnahan besar dan mangsa terperangkap.
  • Ukraine kecam tindakan sebagai serangan terhadap orang awam, sementara rundingan damai terus menemui jalan buntu dan kebimbangan antarabangsa meningkat.

Menurut Menteri Dalam Negeri Ukraine, Ihor Klymenko, sebanyak 27 lokasi di seluruh Kyiv disasarkan oleh peluru berpandu dan dron Rusia, termasuk bangunan kediaman, institusi pendidikan dan infrastruktur kritikal.
Sebahagian besar sebuah blok apartmen sembilan tingkat di daerah Solomianskyi musnah sepenuhnya, menyebabkan penduduk terperangkap di bawah runtuhan.
Presiden Volodymyr Zelenskyy menyifatkan serangan itu sebagai antara yang “paling mengerikan” sejak permulaan pencerobohan penuh Rusia pada 2022.
“Ini adalah perang terhadap orang awam,” katanya sambil menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri.
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih hidup, manakala penduduk berlindung di stesen metro dan tempat perlindungan bawah tanah.
Seorang warga Amerika Syarikat (AS) berusia 62 tahun turut disahkan antara yang terkorban.
Tentera Rusia mendakwa serangan itu sebagai tindak balas terhadap “tindakan pengganas” Ukraine, namun Kyiv menegaskan bahawa sasaran utama adalah kawasan awam dan kediaman.
Serangan ini berlaku ketika rundingan damai antara kedua-dua negara terus menemui jalan buntu, dan kebimbangan antarabangsa semakin meningkat terhadap kemungkinan konflik yang lebih meluas di rantau itu
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#serangan
#apartmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami