awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan peluru berpandu Rusia, 38 cedera termasuk kanak-kanak

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2023
00:45 MYT
Serangan peluru berpandu Rusia, 38 cedera termasuk kanak-kanak
Pihak berkuasa Ukraine melaporkan sekurang-kurangnya 38 orang, termasuk 12 kanak-kanak cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia pada Selasa. - Gambar REUTERS
KIEV: Pihak berkuasa Ukraine melaporkan sekurang-kurangnya 38 orang, termasuk 12 kanak-kanak cedera dalam serangan peluru berpandu Rusia pada Selasa.
Serangan itu didakwa menyasarkan sebuah upacara pemakaman tentera di wilayah timur laut di Kharkiv.
Rakaman televisyen di bandar Pervomaiskyi memaparkan sebuah bangunan kediaman sembilan tingkat hampir musnah dalam serangan.
Gabenor wilayah, Oleh Synehubov menyatakan bahawa peluru berpandu jenis Iskander telah meluru ke kawasan perumahan di Pervomaiskyi pada jam 1.35 petang waktu tempatan.
Serangan tersebut merosakkan kediaman yang dihuni sekitar 2,000 orang di bandar tersebut.
Pendakwa raya memaklumkan bahawa kanak-kanak yang paling muda di antara 38 orang yang cedera dalam serangan itu berusia tiga bulan.
Selain itu, Maksym Zhorin, bekas pemerintah unit tempur yang dikenali sebagai Batalion Azov, berkata bahawa bandar tersebut disasarkan ketika orang ramai berkumpul untuk upacara pemakaman Oleh Fadeenko, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Bakhmut, timur Ukraine.
Bagaimanapun, Moscow tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan tersebut.
Topic Berkaitan
#serangan peluru berpandu
#Pervomaiskyi
#upacara pemakaman tentera
#bangunan kediaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan