Skip to main content

Dunia

Wanita ditahan selepas insiden tikaman di tengah London

Police officers stand at the scene on Endell Street in Covent Garden, after four men were stabbed, in central London, Wednesday Aug. 5, 2026. PA Photo. (James Manning/PA via AP)
Anggota polis berkawal di Endell Street di Covent Garden, selepas empat lelaki ditikam, di tengah London, 5 Ogos 2026. (Foto AP)
Advertisement

LONDON: Empat individu dibawa ke hospital susulan insiden tikaman di tengah London pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Metropolitan memaklumkan bahawa pihaknya bertindak balas terhadap laporan mengenai beberapa individu ditikam dan menahan seorang wanita berhubung kejadian itu.

Insiden berkenaan berlaku sejurus selepas 12.30 tengah hari waktu tempatan (1130 GMT) di Endell Street, berhampiran Covent Garden.

Polis setakat ini belum mendedahkan butiran mengenai kejadian itu atau motif serangan.

Pihak berkuasa belum mendedahkan keadaan mangsa yang cedera.

Polis menutup kawasan kejadian sementara pegawai forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi dan penyiasat menemu bual saksi.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement