awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan pengganas Christchurch: New Zealand biaya kos pengebumian RM17,300

Agensi
Agensi
19/03/2019
04:28 MYT
Serangan pengganas Christchurch: New Zealand biaya kos pengebumian RM17,300
Mangsa serangan pengganas Masjid Al Noor di Christchurch mendapat perhatian daripada ACC yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka. - Gambar REUTERS
MANGSA serangan pengganas masjid di Christchurch pada Jumaat lalu mendapat perhatian daripada organisasi Perbadanan Pampasan Kecemasan Tempatan (ACC) yang menyalurkan bantuan kepada mangsa hasil daripada Skim Kerajaan New Zealand.
Kesemua ahli keluarga dan waris mangsa serangan pengganas itu akan diberi bantuan dari pelbagai aspek.
Kepada waris yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam tragedi berkenaan, ACC akan membiayai kos pengebumian jenazah berupa geran antara NZ$6,219 (RM17,300) hingga NZ$10,000 (RM28,000).
Waris mangsa juga boleh memilih untuk mengadakan pengebumian sama ada di New Zealand atau di negara asal mereka.
Bagi keluarga mangsa terselamat pula, ACC menawarkan geran sebanyak NZ$6,668 (RM18,600) iaitu dibayar sekali sahaja kepada sama ada pasangan atau anak-anak dan tanggungan mangsa yang terkorban.
Jika kanak-kanak atau tanggungannya berusia bawah 18 tahun pula akan menerima geran berjumlah NZ$3,334 (RM9,300), manakala kanak-kanak atau tanggungan yang berumur bawah 16 tahun, jumlah geran yang sama akan dibayar kepada waris atau penjaga mereka.
ACC turut menyediakan sokongan moral yang berterusan kepada kanak-kanak selama lima tahun sehingga berumur 14 tahun selain pampasan mingguan diberikan kepada keluarga mangsa dan bayaran bergantung kepada keadaan mangsa itu sendiri.
Sementara itu, bagi mangsa yang cedera akibat serangan pengganas, ACC tidak ketinggalan menyediakan pampasan bagi meringankan beban mereka.
Antara bantuan yang disalurkan ialah sehingga 80 peratus daripada pendapatan sebagai pampasan seminggu jika anda tidak dapat bekerja kerana kecederaan yang anda alami.
Tidak ketinggalan bantuan penjagaan di rumah bagi mangsa yang cedera, penjagaan anak serta kaunseling.
Jurucakap ACC, James Funnell dalam kenyatannya memberitahu, pihaknya telah mula menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terbunuh dan mereka yang cedera dalam serangan dua masjid di Christchurch.
Sehingga kini, tragedi serangan pengganas semasa solat Jumaat itu telah mengorbankan 50 nyawa dan kira-kira 50 orang tercedera dan masih menerima rawatan di hospital.
Setiap keluarga terjejas mempunyai pegawai perhubungan polis yang akan berkongsi maklumat ACC dengan mereka.
Mereka yang memerlukan sebarang informasi boleh hubungi talian 0800 080 273 dan nombor antarabangsa di +647859 atau mengirim e-mel di alamat [email protected].
Topic Berkaitan
#acc
#Christchurch
#Masjid Al Noor
#Masjid Linwood
#New Zealand
#pengganas
#serangan pengganas Christchurch
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan