awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan terbaharu Israel di Gaza catat angka korban harian tertinggi minggu ini

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2025
23:20 MYT
Serangan terbaharu Israel di Gaza catat angka korban harian tertinggi minggu ini
Konflik yang berlarutan hampir dua tahun telah menyebabkan puluhan ribu kematian dan kemusnahan besar di kawasan yang dihuni lebih dua juta penduduk Palestin. - Foto fail
BANDARAYA GAZA: Serangan udara dan tembakan kereta kebal oleh tentera Israel ke atas Bandaraya Gaza pada Rabu telah meragut sekurang-kurangnya 123 nyawa dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Ringkasan AI
  • Gaza catat korban harian tertinggi minggu ini menjelang operasi Israel untuk mengambil alih semula bandar tersebut.
  • Serangan dan kebuluran telah menyebabkan ratusan kematian, termasuk 106 kanak-kanak sejak perang bermula hampir dua tahun lalu.
  • Netanyahu ulangi saranan agar penduduk Gaza "meninggalkan" wilayah itu, mencetuskan kecaman antarabangsa sebagai pengulangan tragedi Nakba.

Angka itu merupakan jumlah korban harian tertinggi dalam seminggu, menjelang rancangan Israel untuk mengambil alih semula bandar tersebut.
Konflik yang berlarutan hampir dua tahun telah menyebabkan puluhan ribu kematian dan kemusnahan besar di kawasan yang dihuni lebih dua juta penduduk Palestin.
Penduduk melaporkan serangan intensif di kawasan Zeitoun dan Shejaia, dengan Hospital Al-Ahli mengesahkan 12 kematian dalam satu serangan ke atas sebuah rumah di Zeitoun.
Di Khan Younis dan kawasan tengah Gaza, beberapa rumah musnah dan sembilan penduduk terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan makanan.
Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan lapan lagi kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban akibat krisis pemakanan kepada 235 orang sejak perang bermula - termasuk 106 kanak-kanak.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengulangi cadangan agar penduduk Palestin “meninggalkan” Gaza - satu saranan yang turut disokong oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Cadangan itu menerima kecaman hebat daripada negara-negara Arab dan pemimpin dunia, yang menyifatkannya sebagai usaha mengulangi tragedi “Nakba” 1948, ketika ratusan ribu rakyat Palestin dipaksa keluar dari tanah mereka.
Menurut pegawai Israel, operasi menawan semula Bandaraya Gaza dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi.
Setakat ini, rundingan gencatan senjata masih gagal mencapai kata sepakat, dengan ruang untuk penyelesaian damai semakin mengecil.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#serangan
#angka korban tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami