awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di tengah Gaza, ramai terkorban

Bernama
Bernama
24/08/2024
14:00 MYT
Serangan udara Israel sasar khemah perlindungan di tengah Gaza, ramai terkorban
Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu. - Foto AP
GAZA: Tentera Israel menyasarkan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang dipindahkan di Deir al-Balah, di tengah Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pengeboman itu menyebabkan ramai terkorban dan cedera, dengan mangsa dihantar ke Hospital Al-Aqsa.
Israel terus melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata dilaksanakan dengan segera.
Serangan berterusan itu telah mengorbankan lebih 40,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 93,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sekatan berterusan ke atas Gaza telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang akut yang dialami penduduk wilayah itu.
Israel menghadapi tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan operasi ketenteraan dihentikan di bandar Rafah di selatan. Lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan di sana sebelum kawasan itu diceroboh pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Israel
#khemah perlindungan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan