awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara rejim Israel: Bayi ditemui selamat di bawah runtuhan bangunan

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
02:00 MYT
Serangan udara rejim Israel: Bayi ditemui selamat di bawah runtuhan bangunan
Al-Hadidi hanya mendapat khabar gembira itu selepas bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital al-Shifa.
SEORANG bapa di Gaza akhirnya disatukan semula dengan anaknya yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan selepas rumah mereka terkena serangan udara tentera zionis Israel yang turut mengorbankan 10 ahli keluarga lain.
Bayi berusia lima bulan itu terselamat selepas bangunan tiga tingkat di kem pelarian Shati itu runtuh akibat serangan tersebut.
Dua wanita serta lapan kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam insiden berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri pertama, manakala 15 individu lain dilaporkan cedera.
Mohammed al-Hadidi memberitahu portal berita Al Jazeera, isteri serta empat anak lelaki lain berusia antara enam dan 14 tahun terbunuh dalam kejadian tersebut.
Seorang wanita serta empat anaknya turut terkorban, katanya.
Al-Hadidi hanya mendapat khabar gembira itu selepas bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital al-Shifa di mana dia sedang terima rawatan akibat cedera dalam serangan udara tersebut.
"Saya bersyukur anak saya Omar masih hidup," ujar Al-Hadidi.
Heartbreaking! Final photo of Muhammad al-Hadidi with his four children before they were killed in Israeli airstrikes in #Gaza. His children were killed alongside his wife. His 5-month-old baby was the only survivor of the attack. #Palestine #Palestinians #GazaUnderAttack pic.twitter.com/uLg5QnxoaM
— DOAM (@doamuslims) May 16, 2021
Sekurang-kurangnya 200 warga Palestin terbunuh dalam minggu serangan udara, termasuk 59 kanak-kanak dan 35 wanita, dengan sekitar 1,300 orang cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Di pihak Israel, 10 maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan seorang tentera dalam satu serangan yang dilancarkan dari kawasan awam Gaza kepada kawasan awam Israel.
BACA: Israel lancar satu lagi serangan udara di Semenanjung Gaza
Perang meletus pada 10 Mei ketika Hamas menembak roket jarak jauh ke Baitulmaqdis setelah beberapa minggu pertempuran berlaku di Gaza di antara penunjuk perasaan Palestin dan polis rejim Israel.
Sejak pertempuran bermula, tentera rejim Israel telah melancarkan ratusan serangan udara yang dikatakan menyasarkan infrastruktur Hamas.
Topic Berkaitan
#Gaza
#serangan udara
#Israel
#bayi
#selamat
#runtuhan bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan