NETIZEN di Britian meluahkan perasaan marah apabila terdapat orang ramai yang berada di lokasi serangan di luar Parlimen Britain memilih untuk mengemas kini akaun media sosial mereka berbanding memberi pertolongan.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terdapat gambar-gambar mangsa yang cedera yang terdebar di media sosial.

“Sedih apabila melihat ada yang sibuk ambil gambar mangsa sebelum memberikan pertolongan. Jijik sekali,” kata seorang pengguna Twitter Sam Carr.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Insiden serangan di London

Beberapa netizen yang lain turut memberikan pandangan yang sama.







Lima dilaporkan maut dalam serangan yang berlaku di luar kawasan Parlimen Britain. Selain tiga orang awam dan seorang anggota polis, penyerangnya juga mati ditembak polis.