awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan ICE ke atas migran tanpa dokumen di LA bertukar pertempuran dengan penunjuk perasaan

Bernama
Bernama
07/06/2025
12:30 MYT
Serbuan ICE ke atas migran tanpa dokumen di LA bertukar pertempuran dengan penunjuk perasaan
Serbuan oleh Perkhidmatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) yang bertujuan mengenal pasti migran tanpa dokumen di pusat bandar Los Angeles bertukar menjadi pertempuran dengan penunjuk perasaan. - Foto REUTERS
MOSCOW: Serbuan oleh Perkhidmatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) yang bertujuan mengenal pasti migran tanpa dokumen di pusat bandar Los Angeles bertukar menjadi pertempuran dengan penunjuk perasaan, lapor Los Angeles Times seperti dilaporkan oleh RIA Novosti.
Menurut LA Times, ketegangan memuncak selepas pasukan keselamatan menahan pekerja di sebuah gudang pakaian borong, termasuk ketua kesatuan sekerja tempatan, mencetuskan protes penduduk setempat di hadapan gudang dan pejabat pihak berkuasa persekutuan di bandar terbabit.
Penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan gudang cuba menghalang pintu pagar dan laluan kenderaan pasukan keselamatan, menurut laporan akhbar.
Polis kemudiannya tiba di gudang berkenaan dengan mengenakan alat perlindungan.
Terdapat juga laporan mengenai sekumpulan individu melemparkan ketulan konkrit ke arah anggota polis.
Amaran taktikal di seluruh bandar diisytiharkan tidak lama selepas itu, manakala lebih 40 orang ditahan dalam serbuan berkenaan.
Pada Januari lalu, Trump, dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47, berikrar untuk segera menghentikan kemasukan pendatang haram dan memulakan proses pengusiran berjuta-juta migran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serbuan
#ice
#Imigresen
#Los Angeles
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan