awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan ditemui di Mozambique berkemungkinan besar dari pesawat MH370 - Australia

AFP
AFP
24/03/2016
01:48 MYT
Serpihan ditemui di Mozambique berkemungkinan besar dari pesawat MH370 - Australia
Salah satu daripada dua serpihan yang ditemui di Mozambique. - Gambar fail
Dua serpihan objek yang ditemui di Mozambique ‘berkemungkinan besar daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang’, kata Menteri Pengangkutan Australia pada Khamis.
Kenyataan tersebut adalah lanjutan daripada analisis yang dijalankan pakar-pakar teknikal.
“Analisis tersebut telah merumuskan bahawa serpihan itu hampir dipastikan daripada pesawat MH370,” ujar Darren Chester dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu: ‘Serpihan yang ditemui di pesisiran timur Afrika konsisten dengan model hanyutan arus yang dilakukan pihak CSIRO (badan sains kebangsaan) dan seterusnya mengesahkan usaha pencarian di selatan Lautan Hindi.”
Proses pemeriksaan itu diketuai Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 dengan kerjasama pakar-pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Malaysia Airlines dan Boeing.
Pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac, 2014, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Serpihan di Mozambique itu tertulis perkataan ‘No Step’ manakala serpihan kedua juga ditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Menteri pengangkutan Australia
#MH370
#serpihan ditemui di Mozambique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan