awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2025
04:00 MYT
Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
Serpihan berapi melintasi langit pada waktu senja berhampiran selatan Florida dan Bahamas. - Foto REUTERS
FLORIDA: Lebih 240 penerbangan terjejas, dengan 24 pesawat diarah mengubah haluan berikutan kebimbangan pelanggaran dengan serpihan kapal angkasa SpaceX Starship yang meletup di udara ketika pelancarannya Jumaat lepas.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan henti berlepas selama lebih sejam untuk pesawat di empat lapangan terbang Florida di Miami, Fort Lauderdale, Orlando dan Palm Beach.
Insiden letupan kedua berturut-turut roket gergasi itu mengakibatkan 171 kelewatan berlepas.
28 penerbangan pula dialihkan dan 40 pesawat di udara ditahan selama purata 22 minit sementara kawasan tindak balas serpihan FAA diaktifkan.
Secara keseluruhan, sebanyak 171 pesawat mengalami kelewatan purata selama 28 minit dan FAA sudah mengarahkan SpaceX untuk menjalankan siasaan lanjut berhubung kejadian itu.
FAA berkata, pihaknya akan menyemak semula permohonan lesen SpaceX dan butiran awal daripada penyiasatan kemalangan syarikat itu sebelum menentukan penerbangan kelapan Starship boleh diteruskan atau sebaliknya.
Roket gergasi SpaceX Starship dilaporkan berpusing dan meletup sejurus selepas dilancarkan dari Texas pada Jumaat.
Video di media sosial menunjukkan serpihan berapi melintasi langit pada waktu senja berhampiran selatan Florida dan Bahamas.
Sistem roket sepanjang 123 meter itu dibina bertujuan untuk merealisasikan rancangan jutawan dan pemilik SpaceX, Elon Musk bagi menghantar manusia ke Marikh.
Topic Berkaitan
#SpaceX
#Starship
#Serpihan
#FAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan