awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung ASEAN hadiri siri sidang kemuncak serantau utama di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
22/05/2025
21:30 MYT
Setiausaha Agung ASEAN hadiri siri sidang kemuncak serantau utama di Kuala Lumpur
Kao dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin tinggi dari negara ASEAN, rakan luar ASEAN serta organisasi antarabangsa untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Kuala Lumpur minggu depan, menurut Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Mesyuarat peringkat tinggi itu dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei di bawah tema Keterangkuman dan Kemampanan atas jemputan Perdana Menteri merangkap Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menjelang sidang kemuncak itu, Kao juga akan mengambil bahagian dalam beberapa mesyuarat menteri pada 25 Mei, termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-29, Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-25 dan Majlis Penyelaras ASEAN ke-36.
Siri mesyuarat itu turut merangkumi sesi libat urus pemimpin ASEAN bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Belia ASEAN dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC).
"Kao dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin tinggi dari negara ASEAN, rakan luar ASEAN serta organisasi antarabangsa untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama sedia ada, meneroka bidang baharu dan mempercepat usaha pembinaan Komuniti ASEAN," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat-mesyuarat ini diadakan ketika ASEAN giat memperkukuh Visi Komuniti ASEAN 2045 sebagai hala tuju integrasi rantau itu bagi tempoh dua dekad akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kao Kim Hourn
#Sidang Kemuncak ASEAN
#ASEAN
#Setiausaha Agung ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami