WASHINGTON: Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki pada Ahad berkata beliau telah disahkan positif COVID-19.

"Walaupun saya bukan kontak rapat dengan presiden atau pegawai kanan kakitangan Rumah Putih sejak Rabu - dan diuji negatif selama empat hari sebelum ini -- tetapi hari ini saya memaklumkan saya positif.

"Saya kali terakhir bertemu presiden pada Selasa dan mematuhi jarak fizikal serta memakai pelitup muka," kata Psaki dalam satu kenyataan.

Psaki sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan hanya mengalami gejala ringan.

Beliau akan kembali bertugas selepas menjalani kuarantin 10 hari dan jika keputusan saringan negatif, lapor Xinhua.

Berikutan itu, beliau tidak turut sama mengiringi Presiden Joe Biden yang akan mengadakan lawatan ke Eropah.

Beliau adalah antara pegawai pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat yang dijangkiti penyakit itu, selepas Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Alejandro Mayorkas .

-- BERNAMA