SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik biskut Kacang Gajus Chewly dari Malaysia selepas kacang tanah yang dikesan dalam makanan itu tidak diisytiharkan pada pembungkusnya.
Agensi itu berkata memandangkan kacang tanah merupakan alergen yang boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada individu yang sensitif terhadapnya, SFA telah mengarahkan pengimport, Ja Lan Tiong Pte Ltd, menarik balik daripada pasaran kumpulan produk yang terlibat.
"Usaha menarik balik sedang dijalankan. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label pembungkusan makanan bagi melindungi pengguna yang mengalami alahan makanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Semua bahan dalam makanan yang telah dibungkus juga perlu dinyatakan pada label produk dalam mengikut susunan menurun berat kandungan bahan yang digunakan, menurut SFA.
Agensi itu menasihatkan mereka yang sensitif atau alah kepada kacang tanah dan telah mengambil produk yang terlibat supaya mendapatkan nasihat perubatan jika mereka mempunyai kebimbangan tentang kesihatan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan yang mengandungi bahan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti, mesti diisytiharkan pada label. - Facebook SFA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
SFA minta biskut gajus Chewly dari Malaysia ditarik balik kerana tidak isytihar bahan alahan
SFA telah mengarahkan pengimport, Ja Lan Tiong Pte Ltd, menarik balik daripada pasaran kumpulan produk yang terlibat.
Tidak isytihar kandungan gluten: Singapura panggil balik produk dari Malaysia
Memandangkan gluten boleh cetuskan alahan, SFA telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, supaya menarik balik produk berkenaan.
Singapura import ayam dari Indonesia sebagai sumber baharu stok makanan
Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis.
Singapura cuba minimumkan impak bekalan ayam dari Malaysia
Singapura memantau rapat situasi import ayam dari Malaysia selain bekerjasama dengan pihak yang berkepentingan untuk meminimumkan kesan bekalan.
Tarik balik pasaran telur, Selangor teliti arahan Singapura - Amirudin
Semalam, Singapura telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari pasaran yang dihasilkan di sebuah syarikat di Jeram, Kuala Selangor.
Singapura arah tarik balik telur dari Lay Hong Layer Farm Jeram
Arahan dibuat berikutan penemuan Salmonella Enteritidis pada telur tersebut yang boleh menyebabkan penyakit jika dimakan secara mentah atau separuh masak.
Singapura teliti dakwaan penyelewengan import dan pembungkusan daging halal
Muis dan SFA akan kenal pasti sama ada dakwaan penyelewengan jualan daging berstatus halal di Malaysia itu turut mempengaruhi pasaran Singapura.
Singapura gantung import telur puyuh Malaysia, dakwa ada sisa dadah
Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata penggantungan import tersebut susulan penemuan sisa dadah pada telur puyuh dari ladang Telic Farm di Malaysia.