awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
MALAYSIA
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
BISNES
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Shafie Apdal mulakan lawatan kerja ke Jepun, esok

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
28/11/2019
07:06 MYT
Shafie Apdal mulakan lawatan kerja ke Jepun, esok
Mohd Shafie (tengah) akan mengadakan lawatan kerja selama tujuh hari ke Jepun bermula esok. - Foto fail Bernama
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengadakan lawatan kerja selama tujuh hari ke Jepun bermula esok.
Rombongan Ketua Menteri itu turut ditemani Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Madius Tangau selaku Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah serta beberapa Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri.
Lawatan kerja ke negara 'Matahari Terbit' itu akan dimulakan di Kobe, Nagoya sebelum berakhir di Tokyo pada 5 Disember depan.
Antara intipati program adalah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat besar di Jepun dalam usaha meningkatkan pelaburan ke Sabah.
Untuk rekod, ia merupakan lawatan sulung Mohd Shafie ke Jepun dengan sebelum ini beliau pernah mengadakan misi mencari pelabur di China dan Kalimantan Timur.
Mohd Shafie dan rombongan dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka pada pagi Jumaat.
Beliau dijangka terus mengadakan pertemuan bersama F Bit Communications, syarikat peneraju sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jepun yang merancang untuk melabur di POIC, Sabah.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
#Jepun
#Mohd Shafie
#Nagoya
#pelaburan
#Shafie Apdal
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami