awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2021
01:27 MYT
Shah Rukh Khan rasa 'kecewa', tidak makan atau tidur sejak anaknya ditahan
Shah Rukh Khan dikatakan mengalami tekanan dan tidak tidur mahupun makan sejak penahanan anaknya itu. - Foto fail/AP/Bikas Das
PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan, ditahan polis minggu lalu.
Menurut portal Bollywoodlife.com, penahanan Aryan telah menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.
Memetik rakan baik Shah Rukh yang berkata, pelakon tersebut mengalami tekanan dan tidak tidur mahupun makan sejak penahanan anaknya itu.
"Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu," katanya.
Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.
Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.
BACA: Permohonan jaminan anak Shah Rukh Khan ditolak, Aryan dihantar ke Penjara Arthur
Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.
Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.
Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Aryan Khan
#Dadah
#kecewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan