awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shinkansen berhenti kecemasan apabila koc tercabut dalam perjalanan ke Tokyo

Bernama
Bernama
19/09/2024
07:50 MYT
Shinkansen berhenti kecemasan apabila koc tercabut dalam perjalanan ke Tokyo
Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa berhenti kecemasan di antara stesen Furukawa dan Sendai selepas beberapa kocnya tercabut. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa melakukan hentian kecemasan dalam perjalanannya dari timur laut Jepun ke Tokyo selepas beberapa kocnya tercabut, kata JR East, pengendali kereta api tersebut, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Sebuah kereta api laju Shinkansen terpaksa berhenti kecemasan di antara stesen Furukawa dan Sendai selepas beberapa kocnya tercabut. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • Kira-kira 320 penumpang berada di dalam kereta api yang beroperasi di Laluan Shinkansen Tohoku. Pemisahan berlaku antara koc Tohoku dan Akita yang berkongsi laluan.
  • JR East menghentikan semua perkhidmatan kereta api laju antara Tokyo dan Shin-Aomori untuk pemeriksaan dan mempertimbangkan untuk meminta penumpang berjalan ke stesen terdekat.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.
Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa kira-kira 320 orang berada di dalam kereta api yang beroperasi di Laluan Shinkansen Tohoku apabila ia berhenti di antara stesen Furukawa dan Sendai di Prefektur Miyagi pada 8.10 pagi.
Pemisahan berlaku antara koc shinkansen Tohoku dan koc shinkansen Akita yang disambungkan kerana mereka berkongsi sebahagian laluan yang sama.
JR East berkata ia sedang mempertimbangkan untuk meminta penumpang berjalan ke stesen terdekat. Walaupun kereta api itu berhenti, sistem penyaman udara masih berfungsi dengan baik.
Koc kereta api shinkansen Tohoku dan Akita disambungkan di stesen Morioka dan sedang menuju ke Tokyo apabila ia terpisah.
Tiada koc yang tergelincir, kata pengendali kereta api itu.
JR East telah menghentikan semua perkhidmatan kereta api laju antara Tokyo dan Shin-Aomori di Prefektur Aomori untuk pemeriksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo
#shinkansen
#hentian kecemasan
#koc tercabut
#JR East
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan