awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shinzo Abe dalam keadaan kritikal, serangan itu satu tindakan keji - PM Fumio Kishida

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2022
08:23 MYT
Shinzo Abe dalam keadaan kritikal, serangan itu satu tindakan keji - PM Fumio Kishida
Fumio berkata, beliau mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Jepun mengecam sekeras-kerasnya tindakan berkenaan. - Foto AP
TOKYO: Keadaan Shinzo Abe kini berada dalam keadaan kritikal, kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida kepada agensi berita tempatan Jepun.
Agensi NHK melaporkan Kishida sebagai berkata, serangan ke atas bekas Perdana Menteri Abe merupakan tindakan yang sangat keji, apatah lagi berlaku sewaktu Jepun sedang di ambang pilihan raya, yang merupakan asas demokrasi negara Matahari Terbit itu.
Katanya lagi, beliau mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Jepun mengecam sekeras-kerasnya tindakan berkenaan.
Awal hari ini, Abe, yang sedang berucap di khalayak ramai di bandar Nara, barat Jepun, telah ditembak sebanyak dua kali oleh seorang lelaki.
Media melaporkan, Tetsuya Yamagami, 41, telah ditahan selepas melepaskan dua tembakan tersebut, yang mengenai tengkuk dan dada Abe dari arah belakang.
Menurut agensi berita tempatan Jepun, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, dan merupakan bekas anggota Tentera Laut atau Japan Maritime Self-Defense Force.
BACA: Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak
Suspek mengakui dia cuba membunuh Abe ekoran rasa ‘tidak puas hati’ terhadap bekas Perdana Menteri Jepun itu.
Dalam pada itu Kishida berkata, adalah penting bagi kerajaan untuk bersiap sedia dengan semua langkah yang perlu untuk menangani sebarang situasi yang mungkin berlaku.
Kishida tiba di pejabat Perdana Menteri pada pukul 2:30 petang dengan helikopter dari Wilayah Yamagata di mana beliau berkempen untuk pilihan raya Dewan Negara yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#Perdana Menteri Jepun
#insiden tembakan
#Tetsuya Yamagami
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan