ADAKAH anda masih ingat lagi kepada remaja dari Kemboja penjual cenderamata ini yang mampu bercakap dalam 16 bahasa?
Videonya pernah tular sekitar dua tahun lepas dan memberi inspirasi kepada ramai orang tentang kemampuannya mempelajari banyak bahasa meskipun dia tinggal di kawasan pedalaman .
Video itu membawa anak muda ini, Thuch Salik sehingga ke China, apabila mendapat tawaran menyambung pengajian di sana. Di sekolah di China itu, dia perlu terlebih dahulu mengikuti kelas peralihan intensif, sebelum memasuki kelas biasa bagi membolehkannya bersaing dengan tahap pendidikan pelajar lain.
Setelah sekian lama berjauhan dengan keluarganya di Kemboja, Salik baru sahaja pulang semula ke tanah airnya pada hujung tahun lepas.
Namun siapa sangka, kerana penangan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang membataskan pergerakan merentas sempadan negara, remaja ini tidak dapat pulang semula ke China selepas bercuti ketika musim sejuk.
Kini dia berada di Kemboja untuk menghabiskan masa bersama keluarganya, namun dunia internet membolehkan sesi pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
BACA: Artikel tahun 2018: Nasib remaja Kemboja penjual cenderamata fasih 16 bahasa, kini berubah!
Keberadaannya di Kemboja bagaimanapun mencetuskan satu peluang baharu, apabila ada syarikat yang mahu menyunting dan melatihnya untuk menjadi seorang figura media sosial.
Keunikan yang ada padanya menarik perhatian syarikat hiburan tempatan, First Unite Network (Fun) Entertainment yang kini berusaha menggilapnya untuk menjadi bintang.
Pengurus artis syarikat tersebut, Utdom Sambo berkata, mereka melihat Salik sebagai seorang yang mempunyai “moral yang baik” dan memiliki pemikiran yang mampu untuk mendidik dan “menyebarkan perbuatan baik”.
“Ia sejajar dengan visi kami, mengenal pasti sifat-sifat ini sebagai faktor untuk menjadikan Salik sebagai suri teladan (role model) dengan menjadi anggota FUN Entertainment dan pastinya sebagai pemuda Kemboja,” katanya seperti dilaporkan portal berita Channel News Asia.
FUN Entertainment ternyata serius dengan projek berkenaan malah menyediakan Salik dengan latihan tarian dalam usaha menjadikannya seorang selebriti.
“Salik juga datang ke syarikat kami untuk belajar pelbagai soft skill (kemahiran insaniah), seperti komunikasi dan penyuntingan video. Dari situlah minatnya mula bercambah," kata Utdom lagi.
Utdom amat percaya pada potensi Salik, dan yakin pada masa hadapan nanti remaja itu berjaya dalam bidang perniagaan.
“Jualan langsung misalnya, walaupun hanya bercakap dengan peminatnya, dia jelas sekali dapat melakukannya dengan sangat baik,” ujarnya.
Tambah Utdom, dia optimis Salik akan menjadi contoh, ikutan yang ‘rare’ di Kemboja.
Meskipun masa depannya kelihatan seperti sudah tertulis dalam dunia glamor dengan menjadi selebriti, namun Salik masih mahu menumpukan perhatian kepada pendidikannya.
Dia sedar bahawa dia memiliki “banyak penaja” dan dia ingin membalasnya dengan belajar bersungguh-sungguh, kemudian membantu negaranya pula.
“Sekiranya tanya saya, impian saya untuk menjadi ahli perniagaan yang membawa teknologi canggih dan pelbagai barang baru dari luar negara ke Kemboja.
“Saya akan lakukan sesuatu...untuk dibawa ke negara saya, eksport dan import dan membina persahabatan antara Kemboja dan China,” katanya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Ridauddin Daud
Sun Dec 20 2020
Ilmu, bakat dan kesungguhan membawa Salik menceburi pelbagai peluang dalam hidupnya yang masih hijau. - Foto: Facebook/Salik Thuch Fe_Official
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Si cilik Kemboja pandai bertutur 16 bahasa, apa berlaku setelah kisahnya tular?
Keunikan yang ada padanya menarik perhatian sebuah syarikat hiburan untuk menggilap lagi bakatnya.
Nasib remaja Kemboja penjual cenderamata fasih 16 bahasa, kini berubah!
Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.