awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIA laksana pengurangan kapasiti ketara, tidak operasikan pesawat

Bernama
Bernama
23/03/2020
04:45 MYT
SIA laksana pengurangan kapasiti ketara, tidak operasikan pesawat
SIA mengurangkan operasi penerbangan berikutan kawalan sempadan banyak negara bagi membendung COVID-19. Gambar fail Reuters.
Singapore Airlines (SIA) akan mengurangkan 96 peratus daripada kapasiti penerbangan yang pada asalnya dijadualkan hingga akhir April, berikutan lanjutan pengetatan kawalan sempadan di seluruh dunia sejak minggu lepas bagi membendung pandemik COVID-19.
Syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan di laman webnya berkata langkah tersebut akan menyebabkan kira-kira 138 pesawat SIA dan SilkAir tidak dioperasikan daripada jumlah keseluruhan pesawat sebanyak 147 susulan COVID-19 yang menjadi cabaran terbesar SIA Group sejak penubuhannya.
SIA berkata, unit penerbangan tambang rendahnya, Scoot juga akan menggantung sebahagian besar rangkaiannya, sekali gus menyebabkan 47 daripada 49 pesawatnya tidak akan dioperasikan.
SIA Group telah mempelbagaikan rangkaiannya dan menubuhkan Scoot untuk membahagikan risikonya selain memenuhi pelbagai segmen penumpang dan pasaran.
Bagaimanapun, tanpa segmen domestik, syarikat penerbangan SIA Group lebih mudah terjejas apabila pasaran antarabangsa semakin menghadkan pergerakan bebas orang atau melarang perjalanan udara, menurutnya.
Kenyataan itu juga menyatakan, masih tidak jelas tempoh untuk SIA Group menyambung semula perkhidmatan biasanya kerana tidak dapat memastikan tempoh kawalan sempadan akan ditarik balik.
Kemerosotan permintaan untuk perjalanan udara telah mengakibatkan perolehan SIA daripada segmen penumpang susut ketara, menurutnya.
Pengendali syarikat penerbangan itu berkata pihaknya giat melaksanakan langkah untuk meningkatkan mudah tunainya dan mengurangkan perbelanjaan modal serta kos operasi.
SIA pada 17 Mac berkata ia akan terus giat melaksanakan semua langkah untuk menangani kesan COVID-19 ke atasnya.
Ini termasuk perbincangan berterusan dengan pembuat pesawat untuk menangguhkan penghantaran pesawat yang akan datang dan jika dipersetujui, ini membawa kepada pengangguhan pembayaran bagi penghantaran pesawat tersebut.
Pengurusan dan pengarah-pengarah SIA Group juga sepakat untuk memotong gaji dan fi mereka selain skim cuti tanpa gaji sukarela bagi jawatan pengurusan tertentu.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kawalan sempadan
#scoot
#SIA
#SIA Group
#SilkAir
#Singapore Airlines
#syarikat penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan