awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIA, Scoot elak lalu ruang udara Iran berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat

Bernama
Bernama
14/04/2024
13:00 MYT
SIA, Scoot elak lalu ruang udara Iran berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat
Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan subsidari kos rendahnya, Scoot telah menghentikan penerbangan di ruang udara Iran selepas Iran melancarkan serangan langsung ke atas wilayah Israel buat kali pertama pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan subsidari kos rendahnya, Scoot telah menghentikan penerbangan di ruang udara Iran selepas Iran melancarkan serangan langsung ke atas wilayah Israel buat kali pertama pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.
The Straits Times yang memetik Jurucakap SIA berkata kedua-dua SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif berkuat kuasa dari 1 tengah hari pada 13 April sebagai langkah berjaga-jaga.
"Kami memantau rapi keadaan di Timur Tengah dan akan melaraskan laluan penerbangan seperti yang diperlukan,"kata jurucakap itu.
Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) melaporkan bahawa Angkatan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan sejumlah misil ke atas sasaran tertentu di dalam wilayah diduduki Israel.
IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap "banyak sekali jenayah" dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik minggu lepas.
Menurut laporan media antarabangsa, selain Israel beberapa negara di Asia Barat juga telah menutup sementara ruang udara mereka berikutan peningkatan ketegangan di rantau itu termasuk di Jordan, Iraq dan Lubnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SIA
#scoot
#ruang udara Iran
#Asia Barat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan