awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siapa anda pilih, Joe Biden atau Donald Trump?' - Presiden UFC Dana White

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2020
15:20 MYT
'Siapa anda pilih, Joe Biden atau Donald Trump?' - Presiden UFC Dana White
Trump juga dilaporkan pernah bertanya kepada White, sama ada Biden mampu menjadi petarung UFC yang bagus atau tidak. - Foto Twitter/@danawhite
BIARPUN sudah lebh 36 jam pengundian bagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ditutup, namun keputusan penuh masih belum diperolehi.
Di media sosial, kata-kata kunci seperti Trump, Biden, Biden - 264, Trump - 214 dan #USPresidentialElection menjadi trending di laman sosial seperti Twitter.
Tidak ketinggalan untuk turut serta ‘memeriahkan’ lagi kehangatan pilihan raya tersebut ialah Presiden UFC, Dana White.
White, yang dikenali sebagai antara penyokong tegar dan kawan baik Presiden AS itu, memuat naik foto ala-ala ‘face-off’ di antara Donald Trump dan Joe Biden seperti di UFC.
Bagaimanapun, foto itu hanyalah gambar yang diubah suai menggunakan wajah kedua-dua calon presiden dengan tubuh petarung MMA sebenar.
The big fight TODAY!!!!! @realDonaldTrump vs #joebiden who you got? #merica pic.twitter.com/5XeZlgdMUx
— danawhite (@danawhite) November 3, 2020
Idea tersebut mungkin tercetus daripada kenyataan Trump sewaktu kempen baru-baru ini yang mengatakan beliau mampu mengalahkan Biden dengan mudah jika mereka berdua bertarung di gelanggang MMA.
“Sekali sentuh di bahagian muka, sudah tumbang. Tumbang dan akan ambil masa yang lama untuk bangun,” kata Trump penuh yakin.
BACA: Trump atau Biden? Fahami perbezaan perjalanan Pilihan Raya Presiden AS
BACA: AS Memilih: Joe Biden mendahului dengan 264 undi elektoral, Trump 214
BACA: Siapa menang Presiden AS? Media sosial tak mampu kawal berita palsu dakwaan kemenangan
Trump juga dilaporkan pernah bertanya kepada White, sama ada Biden mampu menjadi petarung UFC yang bagus atau tidak.
Keputusan penuh Pilihan Raya Presiden AS masih belum diterima dengan beberapa negeri masih lagi mengadakan pengiraan undi pos.
Menurut unjuran oleh portal berita The Associated Press, Biden dari Parti Demokrat kini memperoleh 264 undi elektoral manakala Trump dari Parti Republikan dengan 214 undi.
Topic Berkaitan
#Pilihan Raya Presiden AS
#Amerika Syarikat
#Presiden UFC
#Dana White
#Donald Trump
#Joe Biden
#UFC
#MMA
#AS memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan