awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan pesawat terhempas akan ambil masa - Presiden Mesir

Agensi
Agensi
02/11/2015
04:14 MYT
Siasatan pesawat terhempas akan ambil masa - Presiden Mesir
Pada Sabtu, pesawat penumpang Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di semenanjung Sinai, Mesir, 23 minit selepas berlepas dari pusat peranginan Laut Merah. -Foto AFP
Siasatan terhadap nahas pesawat komersial di Sinai, Mesir akan mengambil masa berbulan lamanya, kata Presiden Mesir, Abdel Fattah El Sissi.
Menurutnya, siasatan tersebut merupakan perkara yang rumit dan memerlukan teknologi canggih bagi melakukan siastan menyeluruh.
Beliau berkata, apa yang paling penting ialah mencari punca nahas sekali pun ia mengambil masa yang lama.
Beliau berkata demikian kepada anggota tentera Mesir dalam satu majlis di Kaherah.
Sementara itu, laporan agensi berita Reuters memaklumkan, penganalisis Mesir mula memeriksa kandungan dua kotak hitam pesawat Airbus A321 itu.
Pasukan penganalisis berkata, siasatan terhadap kotak hitam itu ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan semua data.
Pada Sabtu, pesawat penumpang Rusia terhempas di kawasan pergunungan terpencil di Semenanjung Sinai, Mesir, 23 minit selepas berlepas dari pusat peranginan Laut Merah.
Nahas itu membunuh kesemua 224 penumpangnya, termasuk 25 kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#kairo
#Nahas
#nile tv
#pesaat
#Rusia Rosaviatsiya
#sharif ismail
#Sinai
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan