awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
Sepanyol kurangkan had kelajuan di laluan kereta api Madrid-Barcelona
Air Force One berpatah balik akibat masalah elektrik, Trump dijangka lewat tiba di Davos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang iklim COP30 dipindah selepas kebakaran cetus panik di Brazil

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2025
00:15 MYT
Sidang iklim COP30 dipindah selepas kebakaran cetus panik di Brazil
Para hadirin bergegas keluar selepas kebakaran dilaporkan berlaku di dalam lokasi Sidang Kemuncak Iklim COP30 anjuran PBB. - Foto AP
BELEM: Sidang Kemuncak Perubahan Iklim COP30 terpaksa dipindahkan secara tergesa-gesa pada Khamis selepas kebakaran tercetus di salah satu pavilion di pusat persidangan di Belém, Brazil, ketika rundingan memasuki fasa kritikal.

Ringkasan AI
  • Sidang Kemuncak Perubahan Iklim COP30 dipindahkan secara tergesa-gesa selepas kebakaran di pavilion di Belem, Brazil, menyebabkan peserta dari hampir 200 negara keluar bangunan dengan jeritan "kebakaran!"
  • Api bermula di kawasan pameran negara dan dilaporkan merebak ke bumbung kain struktur tersebut sebelum pasukan bomba dan keselamatan memadamkannya.
  • Tiada kecederaan serius dilaporkan, namun beberapa petugas perubatan terhidu asap toksik dan menerima rawatan oksigen; insiden ini berlaku ketika rundingan COP30 sedang berlangsung.

Asap tebal memenuhi koridor dan jeritan “kebakaran!” kedengaran apabila peserta dari hampir 200 negara bergegas keluar dari bangunan.
Api dilaporkan bermula di kawasan pameran negara dan merebak ke bumbung kain struktur tersebut.
Pasukan bomba dan keselamatan bertindak pantas memadamkan kebakaran, manakala kakitangan PBB menggunakan alat pemadam api untuk mengawal keadaan sebelum bantuan tiba.
Tiada kecederaan serius dilaporkan, namun beberapa petugas perubatan dilaporkan terhidu asap toksik dan menerima rawatan oksigen.
Insiden ini berlaku ketika para menteri dan perunding sedang berusaha menyelesaikan kebuntuan berkaitan isu bahan api fosil, pembiayaan iklim dan langkah perdagangan.
Ia juga merupakan insiden besar ketiga sejak COP30 bermula minggu lalu, selepas protes oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang turut mengganggu sesi sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COP30
#kebakaran
#pusat persidangan
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan