SEJUMLAH AS$6.9 bilion berjaya dikumpul pada sidang kemuncak COVID-19.

Sidang kemuncak itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bersama oleh kumpulan eksekutif EU dan kumpulan penyokong Global Citizen.

Sebanyak 40 negara mengambil bahagian dalam sidang kemuncak yang diadakan pada Sabtu.

Suruhanjaya dan bank pelaburan Eropah berjanji menyumbang AS$5.5 bilion, Amerika Syarikat AS$545 juta, Jerman AS$383 juta, Kanada AS$219 juta dan Qatar AS$10 juta.

Dana itu akan digunakan untuk ujian saringan, rawatan dan vaksin COVID-19 serta menyokong komuniti termiskin dan terpinggir di dunia.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen menyatakan adalah penting bagi setiap individu yang memerlukan untuk mendapatkan vaksin.

Negara anggota juga menekankan keperluan penghasilan vaksin dan akses rawatan kepada semua pihak.

EU memperjuangkan kerjasama global dalam usaha mengawal dan menamatkan pandemik.