Tiga suspek rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan yang mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan ditahan di sini hari ini berikutan serbuan bersama oleh Polis Thailand dan Kemboja di negara Indo China itu.
Polis Thailand percaya ketiga-tiga rakyat Malaysia termasuk wanita berusia 20 tahun, dan warga Taiwan itu diupah oleh sindiket tersebut untuk mengeluarkan wang daripada dua mangsa rakyat tempatan.
"Kami menemukan dua kad ATM milik kedua-dua mangsa yang membuat laporan polis baru-baru ini kerana mendakwa mereka ditipu dan mengalami kerugian berjumlah sehingga 6.19 juta Baht (RM793,000)," kata ketua pasukan petugas Thailand anti penipuan elektronik, Jen Thanisak Teerasawat hari ini.
Menurut beliau, polis juga menemukan lapan lagi kad ATM, wang tunai 232,000 Baht (RM29,743) dan beberapa mata wang asing yang lain serta lima kad SIM dari dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia masing-masing berusia 19 dan 20 tahun serta warga Taiwan berusia 34 tahun.
Empat rakyat asing itu ditahan sebagai sebahagian daripada operasi susulan operasi bersama melibatkan Polis Thailand dan Kemboja di Phnom Penh dan Sihanoukville minggu lepas apabila 26 rakyat Thailand, enam warga Taiwan dan lima rakyat Kemboja ditahan oleh pihak berkuasa.
Menurut pegawai polis Thailand berpangkat tinggi minggu lepas, 37 suspek tersebut adalah sebahagian daripada sindiket penipuan pusat panggilan yang bertanggungjawab menipu pelbagai mangsa rakyat Thailand membabitkan hampir 100 juta Baht (RM12.8 juta).
Mereka percaya sindiket penipuan rentas sempadan itu didalangi oleh rakyat Thailand, Malaysia dan Taiwan tetapi berpusat di Kemboja.
Sementara itu, Thanisak berkata, dalam tempoh dari 8 Dis tahun lepas sehingga semalam, Polis Thailand telah menahan 231 suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam penipuan pusat panggilan membabitkan kerugian kewangan sehingga 187 juta Baht (RM24 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2018
Ketiga-tiga rakyat Malaysia termasuk wanita berusia 20 tahun, dan warga Taiwan itu diupah oleh sindiket tersebut untuk mengeluarkan wang. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket Penipuan: Tiga rakyat Malaysia, seorang warga Taiwan ditahan di Bangkok
Tiga suspek rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan yang mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan ditahan di sini hari ini berikutan serbuan bersama oleh Polis Thaila