awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura arah Apple, Google bendung penyamaran agensi kerajaan dalam aplikasi mesej

Bernama
Bernama
25/11/2025
08:46 MYT
Singapura arah Apple, Google bendung penyamaran agensi kerajaan dalam aplikasi mesej
Langkah itu sekali gus dapat membantu pengguna lebih mudah mengenal pasti dan berhati-hati terhadap pengirim tidak dikenali. - Freepik
PASUKAN Polis Singapura (SPF) mengarahkan Apple dan Google melaksanakan langkah bagi mencegah penyamaran agensi kerajaan Singapura melalui iMessage dan Google Messages menjelang 30 Nov.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata SPF selaku pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA) telah mengeluarkan arahan pelaksanaan kepada dua syarikat itu pada Isnin (24 Nov).
"Apple dan Google menyatakan mereka akan mematuhi arahan itu. Kami menggesa orang ramai untuk sentiasa mengemas kini aplikasi iMessage dan Google Messages pada peranti masing-masing bagi memastikan ciri perlindungan anti-penyamaran terkini berfungsi," menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Selasa.
Di bawah arahan berkenaan, syarikat teknologi itu dikehendaki menghalang akaun atau sembang kumpulan daripada menggunakan nama yang menyerupai "gov.sg" atau agensi kerajaan Singapura, atau menapis mesej yang dihantar oleh akaun atau kumpulan yang menggunakan nama sedemikian.
Mereka juga perlu memastikan nama profil pengirim tidak dikenali tidak dipaparkan atau dipaparkan dengan kurang menonjol berbanding nombor telefon pengirim.
Langkah itu akan membantu pengguna lebih mudah mengenal pasti dan berhati-hati terhadap pengirim tidak dikenali.
MHA berkata bagi melindungi orang ramai daripada penipuan penyamaran, agensi kerajaan Singapura menggunakan ID penyampai SMS "gov.sg" sejak Julai 2024 bagi membantu orang ramai mengenal pasti mesej SMS rasmi kerajaan.
"Walaupun langkah ini serta perlindungan lain seperti Pendaftaran ID Pengirim SMS (SSIR) terpakai untuk SMS, ia belum meliputi mesej yang dihantar melalui iMessage dan Google Messages," katanya.
Menurut MHA, pihak polis telah mengesan penipuan yang melibatkan penyamaran ID pengirim SMS berdaftar SSIR melalui iMessage dan Google Messages, termasuk lebih 120 kes membabitkan penyamaran perkhidmatan pos Singapura, SingPost.
"Oleh itu, langkah perlu diambil bagi mengekang penyalahgunaan iMessage dan Google Messages oleh penipu," jelas kementerian itu.
Di bawah OCHA, syarikat yang gagal mematuhi arahan pelaksanaan tanpa alasan munasabah boleh didenda sehingga S$1 juta dan bagi kesalahan berterusan, denda tambahan sehingga S$100,000 sehari atau sebahagian daripada sehari selepas disabitkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Google
#Apple
#pemyamaran
#perlindungan
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan