SINGAPURA: Singapura akan menjalani Fasa Penstabilan selama sebulan dari 27 September hingga 24 Oktober 2021, untuk memperlahankan penularan virus COVID-19 dalam masyarakat.
Di bawah fasa tersebut, antara lain, kerja dari rumah akan dianggap gagal hadir bagi pekerja yang boleh ke tempat kerja; dan saiz kumpulan yang dibenarkan untuk perhimpunan sosial akan dikurangkan kepada maksimum dua orang berbanding maksimum lima orang.
Bercakap pada sidang media maya di sini pada Jumaat, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) Gan Kim Yong berkata Singapura telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah kes jangkitan tempatan yang dilaporkan setiap hari.
"Pada masa ini, kita hampir mencecah 1,600 kes dan jika ia berlanjutan, jumlah kes cenderung meningkat dua kali ganda kepada 3,200 kes sehari pada minggu depan dan mungkin lebih," kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri republik itu.
Gan menyatakan MTF juga memantau rapat jumlah kes yang serius.
"Hari ini, jumlah kes serius masih boleh dikendalikan. Namun, berdasarkan pengalaman kami, ia mengambil masa sekitar seminggu hingga 10 hari atau lebih untuk kes positif menunjukkan komplikasi.
"Jika kes positif terus bertambah dengan cepat, kami menjangkakan jumlah kes serius juga meningkat," katanya.
Malah, Gan berkata republik itu sudah mula melihat peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kematian, kebanyakannya daripada kes yang dikesan beberapa minggu lalu.
"Sementara kes-kes ICU sedang dipantau, jumlah kes baharu yang meningkat dengan ketara juga menjadi perhatian kerana 'ini memberi tekanan serius pada sumber hospital, walaupun beralih ke kemudahan rawatan komuniti dan di rumah'," katanya.
Oleh itu, bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan terus berupaya mengendalikan kes-kes ini, "kita harus bertindak untuk memperlahankan peningkatan kes bagi melindungi sistem hospital kita."
Selain memperketat beberapa langkah pengurusan yang selamat, Gan berkata penyesuaian lain akan dilaksanakan terhadap protokol rawatan kesihatan sehingga hanya pesakit yang benar-benar perlukan rawatan hospital sahaja akan ke hospital.
Gan berkata ia satu "keputusan yang sangat sukar kerana boleh menjejaskan banyak perniagaan dan ramai orang."
"Langkah itu mungkin tidak akan mengurangkan jumlah jangkitan baharu namun boleh melambatkan peningkatan kes dan mengurangkan beban petugas kesihatan.
"Ini juga akan memberi kita waktu untuk mempercepat peningkatan sokongan buat pemulihan di rumah dan kemudahan penjagaan komuniti," katanya.
Namun, Gan memberi jaminan Singapura tetap komited untuk membuka kembali kegiatan ekonomi dan sosialnya dan terus terhubung dengan seluruh dunia.
"Perjalanannya mungkin mengambil masa lebih lama sehingga kita dapat melakukannya dengan selamat," katanya.
Pasukan petugas juga mengumumkan Singapura akan memperluas program suntikan vaksin penggalak yang dimulakan pada 15 September untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.
"Jawatankuasa Pakar mengenai vaksinasi COVID-19 kini telah mengesyorkan agar golongan berusia antara 50 hingga 59 tahun juga menerima suntikan penggalak. Jadi mereka juga dapat menikmati perlindungan yang tinggi daripada penyakit yang serius," kata Gan.
Singapura melaporkan sejumlah 1,504 kes baharu COVID-19 pada Khamis (23 September), yang tertinggi sejak ia dikesan tahun lalu.
Dalam kemas kini datanya, Kementerian Kesihatan memaklumkan 1,120 pesakit kini dirawat di hospital dengan 163 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen, dan 23 dalam keadaan kritikal di ICU.
Sepanjang 28 hari lalu, menurut kementerian daripada 15,791 individu yang dijangkiti, 97.9 peratus tidak bergejala atau bergejala ringan, 1.8 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus dirawat di ICU, dan 0.1 peratus meninggal dunia.
Jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 82,860 dengan 10,379 kes aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Singapura tetap komited untuk membuka kembali kegiatan ekonomi dan sosialnya dan terus terhubung dengan seluruh dunia. - REUTERS
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.