awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura benarkan 'walk-in' di 11 pusat vaksin COVID-19 Moderna

Bernama
Bernama
02/08/2021
12:46 MYT
Singapura benarkan 'walk-in' di 11 pusat vaksin COVID-19 Moderna
Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula hari ini, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi COVID-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan bermula hari ini, mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin di 11 pusat vaksinasi COVID-19 Moderna tidak perlu membuat janji temu.
Langkah itu bertujuan memudahkan rakyat Singapura, Penduduk Tetap, dan pemegang Pas Jangka Panjang yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kementerian penduduk yang belum menerima dos pertama boleh 'walk-in' ke mana-mana pusat pemberian vaksin berkenaan.
Sejak pertengahan Julai, Singapura telah membenarkan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk pergi ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau Klinik Kesihatan Awam tanpa janji temu.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini program vaksinasi COVID-19 kebangsaan, kementerian memaklumkan Singapura telah mencapai kemajuan memberangsangkan setakat ini.
Setakat 31 Julai 2021, sejumlah 7.5 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan.
Kira-kira 4.3 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala sekitar 3.3 juta lagi lengkap dua dos.
"Ini bermakna kira-kira 61 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan vaksinasi mereka," menurut kementerian itu.
Sementara itu, 83 peratus daripada penduduk yang berumur 60 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau membuat janji temu, diikuti mereka berumur 45 hingga 59 (88 peratus), 40 hingga 44 (87 peratus), dan 12 hingga 39 tahun (83 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#walk in
#pusat vaksin
#vaksin
#vaksinasi
#COVID-19
#Moderna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan