awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura jangka 80 peratus penduduk lengkap divaksin menjelang awal September

Bernama
Bernama
26/07/2021
20:59 MYT
Singapura jangka 80 peratus penduduk lengkap divaksin menjelang awal September
Wong berkata, mereka yang lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan tanpa perlu menjalani Notis Duduk di Rumah selama 14 hari di hotel, selepas kembali. - Foto Facebook Lawrence Wong
SINGAPURA: Singapura menjangkakan dapat memvaksinasi sekitar 80 peratus penduduknya dengan dua dos vaksin COVID-19 menjelang awal September, menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong.
"Kemudian baru kita boleh mengurangkan langkah sekatan, termasuk membenarkan perhimpunan lebih ramai, terutama mereka yang lengkap divaksin," katanya di Parlimen pada Isnin.
Wong yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 berkata Singapura juga akan mula membuka sempadannya, terutama kepada mereka yang telah divaksin.
"Ia akan bermula dengan mewujudkan koridor perjalanan dengan negara atau wilayah yang telah mengendalikan COVID-19 dengan baik dan terkawal," katanya.
Pada 24 Julai, Singapura telah memberikan sejumlah 7,130,781 dos vaksin COVID-19, dengan 3,020,766 individu lengkap dua dos.
Wong menyatakan mereka yang lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan tanpa perlu menjalani Notis Duduk di Rumah (SHN) selama 14 hari di hotel, selepas kembali.
"Bergantung pada tahap risiko negara yang mereka kunjungi, kami akan mengganti SHN dengan saringan yang ketat, atau memendekkan tempoh SHN kepada tujuh hari di rumah," katanya.
Menteri itu juga menyatakan Singapura turut bersiap sedia dengan kemungkinan kemunculan varian baharu.
"Kami akan mencari penyelesaian untuk varian ini, terutama melalui suntikan booster atau vaksin terbaharu, yang mungkin perlu dilancarkan.
"Tetapi kita harus bersiap sedia bahawa varian baharu ini boleh menyebabkan jangkitan lebih teruk, dan mungkin memaksa kita untuk melaksanakan sekatan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Parlimen
#Singapura
#suntikan
#vaksin
#varian baharu
#buka sempadan
#Lawrence Wong
#perjalanan
#SHN
#hotel
#booster
#sekatan
#Notis Duduk di Rumah
#lengkap vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan