awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura luluskan rawatan oral pertama untuk COVID-19

Bernama
Bernama
03/02/2022
12:05 MYT
Singapura luluskan rawatan oral pertama untuk COVID-19
Kelulusan itu dibuat di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) dan setelah berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan HSA. - Gambar fail/AP
SINGAPURA: Singapura meluluskan PAXLOVID Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana bagi pesakit dewasa yang berisiko tinggi , bertujuan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.
Di laman webnya hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) republik itu berkata ia pada 31 Jan memberikan kebenaran sementara untuk PAXLOVID, gabungan dua ubat, nirmatrelvir (ubat antivirus) dan ritonavir (bagi mengekalkan paras darah nirmatrelvir untuk keberkesanan antivirus).
"PAXLOVID perlu diambil dua kali sehari selama lima hari, dan rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan, dalam tempoh lima hari daripada permulaan simptom COVID-19," kata HSA.
"Ia akan ditentu dan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit COVID-19 yang teruk, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan," katanya sambil menambah bahawa data keselamatan menunjukkan PAXLOVIDTM tidak memudaratkan dan laporan kesan sampingan buruk dalam kajian klinikal secara amnya rendah.
Kelulusan itu dibuat di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) dan setelah berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan HSA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rawatan oral pertama
#PAXLOVID Pfizer
#Singapura
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan