awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura mahu tandatangani TPPA walau tanpa AS, jika ada persetujuan bersama

Agensi
Agensi
01/03/2017
05:39 MYT
Singapura mahu tandatangani TPPA walau tanpa AS, jika ada persetujuan bersama
Lee bagaimanapun tidak pasti jika persetujuan itu dapat dicapai. - Gambar fail
Jika ada persetujuan dalam kalangan 11 anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri, Singapura sedia untuk menandatangani perjanjian perdagangan tersebut, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Portal Channel News Asia melaporkan perkara itu daripada intipati wawancara Lee dengan program HARDtalk terbitan BBC hari ini.
Lee bagaimanapun berkata, beliau ‘tidak pasti’ jika persetujuan itu dapat dicapai.
“Jepun misalnya telah melaksanakan konsesi yang perit sebagai pertukaran kepada konsesi Amerika.
“Jika ada anda perjanjian yang melibatkan konsesi Jepun manakala Amerika tidak terlibat, saya rasa keseimbangan politik dan ekonomi telah beralih.
“Maka, saya tidak akan membatalkannya, namun untuk mencapainya adalah tidak mudah,” ujar Lee.
Tambah beliau, penarikan diri AS dan sama ada hal itu mempengaruhi tindakan sama di rantau ini, tetap meninggalkan rasa kecewa.
Begitupun, beliau berharap pentadbiran Presiden AS Donald Trump akan ‘menilai semula pandangan mereka, mendalami pemahaman terhadap semua yang berlaku di seluruh dunia, seterusnya menemukan apresiasi yang lebih seimbang mengenai hal-hal yang berkaitan dengannya’.
“Saya rasakan pegawai-pegawai kanan dalam pentadbiran AS tidak begitu mengenali Asia dan kepentingannya,” ujar Lee.
Perdana Menteri Singapura itu juga berkata, beliau yakin semua pihak di rantau ini, termasuk Singapura, sedang memantau AS, apatah lagi Singapura yang mempunyai ‘hubungan akrab’ dengan negara Uncle Sam itu.
“Mereka adalah pelabur terbesar kami. Mereka juga salah satu daripada pasaran eksport terbesar. Kita ada hubungan pertahanan. Juga ada hubungan keselamatan dalam isu menangani keganasan.
“Rakyat AS sangat dialu-alukan di Singapura dan rakyat Singapura sangat selesa di AS. Itu akan berterusan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#ekonomi
#Lee Hsien Loong
#Singapura
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan