SINGAPURA: Singapura meningkatkan pemantauan kualiti udara susulan lonjakan aktiviti titik panas dan asap yang dikesan di beberapa kawasan di Indonesia pada hujung minggu.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata titik panas serta kepulan asap tebal dikesan terutama di Kalimantan dan selatan Sumatera, manakala beberapa kepulan asap turut dikesan di Riau, sekali gus meningkatkan kemungkinan keadaan berjerebu menjejaskan Singapura dalam beberapa hari akan datang.
Menurut NEA, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam Singapura direkodkan antara 68 hingga 90 pada Isnin, iaitu dalam julat sederhana, manakala kawasan tengah mencatatkan bacaan PSI 91 setakat 2 petang.
“Cuaca kering dijangka berterusan sepanjang minggu ini,” menurut NEA.
-- BERNAMA