SINGAPURA: Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika dia merancang dan membuat persediaan melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan luar negara.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, warga Singapura itu menjadi radikal setelah menonton propaganda ISIS di Iraq dan Syria menerusi laman sesawang atas talian.
Remaja itu turut merancang melakukan serangan bom ke atas tapak perkuburan Habib Noh di Masjid Haji Muhammad Salleh, yang dipercayainya sebagai "tidak selaras dengan Islam".
"Dia turut memuat turun manual pembuatan bom C4 dalam talian, berhasrat untuk membina bahan letupan buatan sendiri untuk meratakan kubur itu," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.
Remaja itu mula bersikap radikal pada 2020 selepas menonton video ceramah dua pendakwah asing ekstrem di Youtube.
Pada akhir 2021, remaja itu juga menyatakan hasrat untuk hidup di bawah pemerintahan khalifah Islam yang ditadbir oleh syariah (undang-undang Islam).
Untuk tujuan ini, ISD mendedahkan bahawa dia mahu menubuhkan khalifahnya sendiri di Singapura dan merekrut orang Islam untuk menyertainya.
Hasil siasatan setakat ini menunjukkan bahawa remaja itu bertindak bersendirian dan tidak ada petunjuk bahawa dia berjaya merekrut orang lain manakala ahli keluarganya tidak mengetahui rancangan atau niatnya untuk melakukan keganasan bersenjata di luar negara, menurut ISD.
Dalam kes ini, ISD memaklumkan remaja berkenaan sangat radikal sehingga ke tahap bersedia untuk melakukan keganasan bersenjata di Singapura dan di luar negara dan sanggup membunuh dan mati untuk ISIS.
"Penilaian kami bahawa dia telah menjadi ancaman keselamatan dan dia ditahan di bawah ISA," menurut ISD.
Jabatan itu menjelaskan bahawa kesnya menonjolkan daya tarikan berterusan terhadap ideologi ganas ISIS.
"Kes ini juga menggariskan bahawa terdapat trend radikalisasi dalam kalangan belia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan ancaman serangan oleh penyerang persendirian dengan menggunakan senjata yang mudah diakses," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
warga Singapura itu menjadi radikal setelah menonton propaganda ISIS di Iraq dan Syria menerusi laman sesawang atas talian. - Gambar hiasan
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Perkembangan terkini Jelajah Microsoft Build: AI Day
Acara sehari secara percuma yang direka untuk membantu pembangun meneroka peluang baharu dengan kecerdasan buatan (AI) serta memajukan kemahiran mereka dengan AI dan Microsoft Azure.
[TERKINI] Siti Bainun dihukum penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, yang juga dikenali dengan nama Bella, tiga tahun lalu.
Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.
WEF: Emerging economies: How to fix the debt problem?
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.