SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura berusia 15 tahun yang meradikalkan dirinya sendiri menerima Perintah Tahanan (OD) dan setakat ini menjadi individu paling muda yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkaitan dengan aktiviti keganasan di sini.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.
"Siasatan mendapati dia terpengaruh dengan propaganda pengganas dalam talian dan menyokong Al Qaeda (AQ) dan ISIS," menurut kenyataan jabatan itu dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri pada Selasa.
Dia juga merancang untuk melakukan serangan di Singapura dan menyimpan hasrat untuk menubuhkan khalifah Islam dengan cara keganasan.
"Dia individu paling muda setakat ini yang ditahan di bawah ISA untuk aktiviti berkaitan keganasan," menurut jabatan itu.
Remaja itu akan menjalani kaunseling agama intensif dengan dua kaunselor agama dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Sebelum ini, seorang lelaki juga rakyat Singapura berusia 16 tahun yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2020.
Dia terpengaruh dengan ideologi pelampau dan merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau terhadap umat Islam di dua masjid di Singapura.
Pelajar Menengah Empat itu menerima Perintah Sekatan (RO) di bawah ISA pada Januari 2023.
Menurut ISD, siasatan mendapati bahawa pemuda itu telah meradikalkan diri sendiri oleh propaganda ISIS dalam talian dan mempercayai penggunaan keganasan bersenjata untuk menubuhkan sebuah khalifah Islam.
Dia menyertai platform permainan dalam talian Roblox, permainan maya yang meniru zon konflik ISIS, seperti di Syria dan bandar Marawi di selatan Filipina.
Kedua-dua remaja itu adalah kenalan dalam talian warga Singapura berusia 18 tahun yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2022.
Sejak 2015, ISD telah menangani 11 kes melibatkan golongan muda Singapura berusia 20 tahun ke bawah dengan kesemuanya meradikalkan diri mereka menerusi dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022. - Gambar hiasan
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.