awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sahkan kes import cacar monyet

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2022
00:15 MYT
Singapura sahkan kes import cacar monyet
Pesakit merupakan seorang lelaki Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara telah disahkan positif pada 20 Jun. - Foto fail
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan negara itu telah mengesan satu kes import cacar monyet, pada Selasa.
Katanya, pesakit merupakan seorang lelaki Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara telah disahkan positif pada 20 Jun.
Pesakit telah terbang masuk dan keluar dari Singapura antara 15 dan 17 Jun serta 19 Jun.
Dia berada dalam keadaan stabil di wad di Pusat Kebangsaan Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Singapura.
13 kontak rapat lelaki itu dikenal pasti setakat Selasa dan kesemuanya akan diletakkan di bawah kuarantin selama 21 hari sejak hubungan terakhir mereka dengannya.
Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk penerbangan yang terjejas dan untuk tempoh penginapan lelaki itu di Singapura.
Kes cacar monyet terakhir yang dikesan di negara kota Asia Tenggara itu adalah tiga tahun lalu.
Lebih daripada 35 negara bukan endemik cacar monyet telah melaporkan wabak penyakit virus itu dengan kes yang disahkan kini melebihi 2,500.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#kes import
#pramugara
#Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan