awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sokong hasrat Malaysia mengenai zon waktu bersama untuk ibu negara ASEAN - Shanmugam

Bernama
Bernama
29/01/2015
02:15 MYT
Singapura sokong hasrat  Malaysia mengenai zon waktu bersama untuk ibu negara ASEAN - Shanmugam
ASEAN merupakan kumpulan ekonomi ketujuh terbesar di dunia dengan 600 juta penduduk dan GDP melebihi dua trillion dollar. - Gambar Fail
Singapura menyokong hasrat Malaysia berhubung zon waktu bersama bagi ibu-negara ibu-negara ASEAN, kata Menteri Luar dan Menteri bagi Undang-undang K Shanmugam.
Beliau berkata ini tidak diragukan sama sekali, malahan zon waktu bersama ini pertama kali pernah diura-urakan oleh Singapura.
"ASEAN hari ini merupakan kumpulan ekonomi ketujuh terbesar di dunia dengan 600 juta penduduk, GDP (Keluaran Domestik Kasar) lebih dua trillion dollar dan apa saja yang membantu bisnes bersepadu, menggerakkan barangan, perkhidmatan, bekerja antara satu sama lain tanpa batas, akan membantu lelaki di jalanan".
"Lagi pun, bila anda bercakap mengenai ASEAN atau komuniti ekonomi ASEAN, di luar batasan mesyuarat menteri luar dan pemimpin, soalnya ialah apa ertinya buat lelaki di jalanan dan bila kita bertemu - mesyuarat menteri luar - itu menjadi keprihatinan utama kita," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada interbiu di luar Permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu pada Rabu.
Transkrip interbiu itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini.
Semasa permukiman itu, Malaysia mengimbau kembali isu zon waktu itu untuk pertimbangan para menteri dan kerajaan masing-masing.
Shanmugam berkata projek itu mestilah untuk kepentingan nasional tetapi pada masa sama, bukan untuk kepentingan sesebuah negara saja. Ia mestilah untuk seluruh komuniti.
Beliau menegaskan, zon waktu bersama akan membantu bisnes di seluruh ASEAN dan "ia akan banyak membantu kita kerana kita sebuah pusat kewangan. Kita sebuah pusat perkhidmatan, dan kita lakukan banyak kerja di rantau ini.
"Saya fikir semua orang menyokongnya tetapi kita perlu membincangkan butir-butir lanjut; seperti zon waktu mana yang anda pilih," kata Shanmugam.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#k shanmugan
#keluaran domestik kasar
#zon waktu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan