Skip to main content

Dunia

Singapura turunkan unjuran pertumbuhan ketibaan pelancong

71743338134_TBsingapore.jpg
Singapura merekodkan 1.63 juta ketibaan pelancong pada Julai, turun 2.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

SINGAPURA: Ketibaan pelancong ke Singapura dijangka meningkat 0.5 peratus tahun ke tahun kepada 17 juta pada 2026, lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 4.5 peratus berikutan permintaan perjalanan serantau yang kekal lembap di tengah-tengah konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang masih belum selesai, menurut BMI Country Risk and Industry Research pada Isnin.

"Semakan semula ini mencerminkan andaian kami bahawa konflik AS-Iran yang belum selesai akan terus menjejaskan keinginan pelancong untuk menggunakan laluan menerusi rantau ini," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota.

Singapura merekodkan 1.63 juta ketibaan pelancong pada Julai, turun 2.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, menurut data Lembaga Pelancongan Singapura. BMI memaklumkan angka itu menandakan penurunan bagi bulan keempat berturut-turut.

Bagi tempoh Januari hingga Julai, ketibaan pelancong berjumlah 9.8 juta, turun 1.9 peratus tahun ke tahun dan 11.7 peratus lebih rendah berbanding tempoh sama pada 2019 sebelum pandemik.

BMI turut menurunkan unjuran purata pertumbuhan ketibaan pelancong bagi tempoh 2026 hingga 2030 kepada 2.4 peratus daripada 3.9 peratus, sekali gus menangguhkan jangkaan untuk pemulihan penuh ke paras sebelum pandemik.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement